Namun, penternak persendirian
khususnya tradisional kekurangan tanah dan cara paling
berkesan mengatasinya ialah menternak secara integrasi.
Tempat paling sesuai menternak secara integrasi ialah di
tanah rancangan Felda dan ladang sawit persendirian.
Sebagai negeri yang mempunyai 110 Felda membabitkan
kawasan 319,066 hektar, menternak lembu secara integrasi
tidak menjadi masalah besar jika semua pihak bekerjasama.
JPH Pahang menyasar untuk mengeluarkan satu juta lembu
untuk pasaran daging negara menjelang 2010 sekali gus
mengekalkan negeri ini sebagai pengeluar utama lembu
daging terbesar negara.
Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH)
negeri, Dr Johari Abu Bakar, berkata kini Pahang
mempunyai kira-kira 195,000 lembu daging.
“Daripada jumlah itu, 120,000 diternak secara integrasi
di ladang kelapa sawit manakala 75,000 diternak secara
tradisional.
“Daerah Bera dan Muadzam Shah adalah kawasan paling
banyak memelihara lembu dan Pahang kini menjadi negeri
terbanyak menternak lembu,” katanya.
Beliau berkata, potensi penternakan lembu secara
berkesan dan besar-besaran masih terbuka kerana banyak
ladang kelapa sawit yang boleh dijadikan ladang
integrasi.
“Walaupun Pahang negeri terbesar pengeluar lembu daging,
ia tidak dapat menampung keperluan daging yang amat
tinggi.
“Negara terpaksa mengimport daging lembu dari India,
Pakistan dan Australia untuk menampung keperluan,”
katanya.
Dr Johari berkata, pada hari raya korban lalu,
permintaan lembu amat tinggi dan kita tidak dapat
menampungnya.
Katanya, kini Pahang mempunyai lapan kawasan penternak
lembu terbesar iaitu Bera, Bentong, Lipis, Raub, Jengka,
Kuantan, Chini dan Muadzam Shah membabitkan kawasan
seluas 84,321 hektar.
Beliau berkata, JPH Pahang memfokuskan khidmat teknikal
dan pengembangan secara terancang di unit pengeluaran
ternakan yang terkumpul secara zon.
Katanya, tumpuan diberikan dalam perladangan kelapa
sawit khususnya ladang milik Felda, Felcra, Risda,
syarikat kerajaan negeri dan ladang swasta.
“JPH mendapati 70 peratus usaha pengembangan ternakan
lembu di negeri ini adalah kawasan ladang sawit milik
peneroka.
“Justeru, JPH mewujudkan kawasan tumpuan sasaran (KTS)
sebagai projek pembangunan industri ruminen untuk
meningkatkan jumlah daging negara,” katanya.
Beliau berkata, pada masa ini dua KTS diwujudkan iaitu
KTS Muadzam Shah dan KTS Jengka.
Pengerusi Projek KTS Jengka, Mohd Hisham Osman, berkata
pihaknya memberi khidmat teknikal dan pengembangan
secara terancang kepada unit pengeluaran ternakan yang
terkumpul dalam satu zon.
Katanya, kini tumpuan diberikan kepada 12.63 peratus
perladangan swasta, 11.33 peratus perladangan syarikat
kerajaan dan 76.04 peratus kawasan peneroka Felda di
daerah Kuantan, Maran, Jerantut dan Temerloh membabitkan
kawasan seluas 84,321 hektar.
“KTS Jengka membimbing lima ladang swasta, empat ladang
Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB), sebuah ladang LKPP dan
satu ladang Felcra membabitkan ternakan berjumlah 3,990
ekor,” katanya.
Beliau berkata, melalui projek bimbingan itu penternak
persendirian digalakkan mengamalkan sistem kelompok
tertutup sehingga layak mendapat pengiktirafan Skim
Akreditasi Makmurbif.
Mereka juga diberi kursus keusahawanan dan latihan
kemahiran Institut Perkhidmatan Veterinar di Cheras.
Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama)
Pahang turut berperanan memasarkan hasil ternakan.
Agensi itu turut mengadakan perjanjian persefahaman
kontrak pemasaran dengan penternak untuk memudahkan
mereka memasarkan lembu secara lebih meluas dan cekap.
Seorang penternak, Raja Azmi Raja Adam, 49, menyambut
baik usaha Fama mengadakan perjanjian persefahaman bagi
membantu memasarkan lembu daging milik syarikatnya.
Beliau yang menternak sejak 1996 kini mempunyai 290 ekor
lembu yang dipelihara di ladang kelapa sawit milik LKPP
Sungai Rengai, Jerantut
Kelebihan negeri Pahang ialah keluasan tanah untuk tapak projek. Tapi penternak perlu ditransform kepada usahawan ternak supaya projek ini boleh berdaya maju dan berkembang. Untuk tujuan ini, mereka perlu berkemahiran dan berilmu.
BalasPadamCasino Hotel in St. Louis, MO - Mapyro
BalasPadamInformation, 용인 출장안마 Address, Phone Number, Reviews, Games, Slots, 부천 출장마사지 Poker, Agenda, Parties, Photos, Reviews, Photos, Agenda, 김포 출장안마 Parties and Videos. Rating: 경주 출장마사지 3.7 · 16 광양 출장샵 reviews