Selasa, 1 Mei 2012

CARA RINGKAS MEMBUAT BAJA KOMPOS



Baja kompos merupakan baja yang mampu menguruskan sampah organik seharian kita,secara tidak langsung baja kimia yang berbahaya dapat dikurangkan.Baja kompos adalah campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanih.Secara mudahnya baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan malahan jika kena dengan cara dan keadaannya ianya adalah percuma sahaja.Malahan sekarang permintaan baja organik agak tinggi kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau racun serangga sebaliknya menggunakan bahan sisa tumbuhan atau haiwan.Terdapat pelbagai cara membuat baja kompos,namun saya cuba ringkaskan cara yang paling mudah di sini.

Antara bahan-bahan membuat baja kompos

Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.

Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada)

Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria.

Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ.

Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria

Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti


Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai.

kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir)

Kaedah Membuatnya:

Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan

Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering
mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi

Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik

Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi

Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.

Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
Semoga tips ini akan memberikan sedikit manfaat untuk kita semua.Apa yang penting baja kompos sesuai untuk dipraktikkan oleh sesiapa terutamanya warga desa yang pastinya mempunyai bahan untuk membuat baja kompos yang dibaung begitu sahaja seperti sisa rumput.Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen membuat baja kompos yang dapat dijayakan oleh para pelajar sebagai satu aktiviti rekreasi serta menanamkan perasaan bangga dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang selama ini dibuang begitu sahaja.

11 ulasan:

  1. terima kasih atas informasi ini, saya sedang praktikkannya di sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu artikel yang menarik mengenai pendidikan bumi hijau. Sebagai maklumat, kini sekolah anda boleh juga menggunakan komposter kami RimbaKU untuk memudahkan membuat kompos dengan cepat dan bersih (kurang bau dan tikus). http://hijaubumimu.blogspot.my
      Sesuai untuk sisa makanan dari kantin sekolah.

      Padam
  2. salam. boleh share harga pasaran terkini untuk baja compost ni tak? saya student dekat melaka dan sedang buat proposal dan research untuk baja compost ni.
    email me please. sweetsouryaya@gmail.com.

    thanks. :)

    BalasPadam
  3. salam... satu soalan nak tanya.. em.. baja organik guna tak dalam penanman nanas.. iaitu baja najis haiwan..

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian ini.. slmata maju jaya..

    BalasPadam
  5. Salam, kalau kita cuma ada najis lembu sahaja macam mana plak??

    BalasPadam
  6. Baja dan kompos 2 perkara yg berbeza...baja merupakan makanana utk tanaman manakala kompos utk meningkatkan kualiti kesuburan tanah tersebut

    BalasPadam
  7. Terima kasih tuan.saya akan cuba buat.

    BalasPadam